Herba ajaib, baik untuk penglihatan
Goji atau buah Lycium merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa didapati di Asia Timur. Kulit akarnya juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang daripadanya kita dapati sayur-sayuran seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain. Masyarakat Cina mengenali buah ini sebagai goji dan telah menggunakannya sejak zaman purba. Ia juga telah direkodkan seawal kewujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100 A.D.
Di Cina, Lycium Barbarum telah lama dikenali kerana faedahnya untuk penglihatan. Ia sering dijadikan bahan utama dalam hampir setiap perubatan Cina dalam memulihkan mata.
Buah goji mempunyai rangkaian amino asid L-leucine yang sangat tinggi. L-leucine merupakan asid amino yang hanya boleh diperolehi daripada diet kita. Dalam tubuh, L-leucine ditukarkan kepada sebatian yang sangat kuat dipanggil HMB (beta-hydroxy beta-methylbutyrate). |