Laman Utama Hubungi Kami
Language

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

PENGEDAR DAN STOKIS  
 

Health Builders (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1998. Ia diasaskan oleh tiga tokoh yang berwibawa dalam dunia keusahawanan, Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail dan Encik Kennedy Tan.

Satu nama yang sinonim dengan industri jualan langsung, Health Builders menjalankan bisnes berbilang tingkat atau MLM. Ia didaftarkan sepenuhnya di bawah Lesen Jualan Langsung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan lesen No AJL931076.

Berpegang kepada falsafah ‘Bersama Mencipta Kecemerlangan’, Health Builders merupakan sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang sedang menempa nama. Rangkaian produk kami yang unik telah secara automatik, melonjakkan nama kami di pasaran jualan langsung tempatan.

Selama lebih satu dekad, Syarikat dikenali menerusi produk-produk yang hebat dan berkesan, serta pelan pemasaran yang menarik. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 140,000 pengedar dan 400 stokis di seluruh Malaysia.

Kami telah berjaya membantu ramai usahawan dalam industri jualan langsung, dan sekaligus melahirkan pencapai-pencapai yang kini selesa menikmati dan mengecapi pendapatan lumayan.

 

Komitmen kami ialah untuk memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik. Dengan usaha yang berterusan, kami yakin lebih ramai orang akan menikmati kejayaan bersama. Kami bertekad membantu mereka untuk membina kehidupan yang lebih bermakna … baik dari segi kewangan mahupun kesihatan.

Syarikat yang memasuki tahun ke dua puluh empat operasinya, kini diterajui oleh En Kennedy Tan sebagai Pengarah Urusan dan YM Tengku Ariez Hazaril Tengku Abdul Halim sebagai Pengarah Eksekutif.

Health Builders beroperasi dari Bangunan Korporat / Ibu Pejabat yang terletak di 6-2 & 6-3, Blok A, Jln 2 / 114, Kuchai Business Centre, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Laman Utama  |    Syarikat Kami   |   Peluang Perniagaan  |   Produk      |   Info Produk    |  Testimoni  |  Muat Turun   |  Berita dan Aktiviti   |  Hubungi Kami   |   Pertanyaan
Copyright © 2009 Health Builders (M) Sdn. Bhd. Web Designed by Maximus System Solutions.