Daun Teh Eucommia, raja
teh kesihatan
Teh popular di Jepun
Orang Jepun merupakan masyarakat yang pertama menjadikan daun Eucommia sebagai teh kesihatan. Hari ini, masyarakat Jepun menjadikan daun teh Eucommia sebagai teh pembina kesihatan yang sangat popular di Jepun. Setiap tahun Jepun mengimport daun Eucommia dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Terdapat beberapa buku tertulis tentang faedah-faedah daun teh Eucommia dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Nihon, Universiti Toyama dan Universiti Hokkaida untuk memastikan faedah kesihatannya. |
 |
|
|
|