Empat faedah kesihatan amal the daun Eucommia dan penyelidikannya
1. Kesan dalam merendahkan tekanan darah
- Penyelidikan oleh Universiti Harvard, Universiti Wisconsin dan Universiti Louisiana telah memastikan kesan Eucommia dalam merendahkan tekanan darah dan mengenal pasti pinoresinol diguloside, aucubin dan asid klorogenik sebagai sebatian yang bertanggungjawab untuknya

- Pusat Penyelidikan Perubatan Timur dan Barat di Cina telah menggunakan daun teh Eucommia untuk mengendalikan percubaan klinikal ke atas 28,000 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk tempoh 2 tahun, dan keputusan yang baik telah diperolehi. Doktor yang mengetuai percubaan klinikal iaitu Dr Xu Xianag Lin melaporkan penemuan tersebut di Simposium Pencegahan Penyakit Jantung dan Vaskular Antarabangsa yang dianjurkan oleh WHO di Washington dan telah mendapat perhatian para pakar yang mengambil bahagian dari pelbagai negara

- Dr Frank Greenway, pengarah Perubatan di Pennington, Amerika Syarikat, telah melengkapkan percubaan klinikal ke atas manusia selama lapan minggu secara rambang, dengan keputusan awalnya menunjukkan ekstrak penstandardan adalah selamat dan berkesan dalam merendahkan tekanan darah
2. Kesan dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular
- Penyelidikan oleh pelbagai universiti di Cina menunjukkan Eucommia mengandungi bahan tertentu yang menghalang angiotensin (salah satu faktor yang bertanggungjawab terhadap tekanan darah tinggi) dan mengawal fungsi jantung dan vaskular. Selain daripada itu, kandungan silicon yang tinggi mencecah 1580mm dan kalsium dalam Eucommia penting dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular.

- Dalam bulan Disember 2003, Jabatan Perubatan, Fakulti Kesihatan Sains, Universiti MsMaster, Hamilton ON, Kanada menerbit kajian yang mengesahkan tindakan vasorelaxan Eucommia Ulmoides Oliv. yang membentuk asas pharmakologikal untuk dokumentasi tindakan antihipertensif.
3. Kesan dalam merendahkan gula darah
- Daun Eucommia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat diabetis di Korea. Pada Disember 2004, Institut Penyelidikan Makanan dan Bio-industri, Universiti Nasional Kyungpook, Daegu Korea Selatan telah menerbit kajian yang mengesahkan kesan hipoglisemik daun Eucommia. Pada tahun yang sama, Divisyen Penyelidikan Fungsi Makanan, Institut Penyelidikan Makanan Korea telah mengenal pasti Flovonol glikoside dalam daun Eucommia sebagai sebatian yang bertanggungjawab kepada tindakan anti-diabetes.
4. Kesan dalam mengurangkan lemak dan sintesis kolagen
- Pharmaceutikal Kobayashi di Jepun telah menjalankan penyelidikan yang mengesahkan Eucommia Ulmoides membantu menjadikan sindrom metabolik bertambah baik. Dalam eksperimen ke atas tikus dikendalikan bersama Fakulti Perubatan Universiti Mie, ianya mengesahkan yang Eucommia Ulmoides menghalang pengumpulan lemak visera. Tambahan lagi, ia mempunyai kesan meningkatkan paras adiponektin darah dan keupayaan penggunaan glukosa juga lebih baik.

Pada tahun 2000, penyelidikan di Universiti Nihon di China, Jepun menerbitkaan dua kajian menunjukkan kedua-dua daun dan kulit Eucommia Ulmoides mengandungi dua sebatian asid geniposidik dan aucubin yang meningkat sintesis kolgen tikus.

Penyelidikaan di atas menjelaskan mengapa masyarakat Jepun minum daun
teh Eucommia untuk melangsing dan mengekalkan kulit yang sihat dengan memuaskan.
|